Assalamualaikum w.b.t.h.,
Pertama sekali, syukur dan puji-pujian ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan redhaNya, saya dapat berkongsi manfaat produk dan kebaikan perawatan sunnah dengan lebih ramai orang yang memerlukan di luar sana. Tujuan utama saya membuka pasaran ini adalah untuk menerapkan konsep kesihatan yang menyeluruh meliputi kesihatan fizikal, mental dan spiritual atau kerohanian. Konsep tersebut telah saya terapkan di Pusat Rawatan Bekam Klinikal saya yang beroperasi sejak tahun 2008. Setelah hampir empat tahun menjalankan perawatan alternatif, pada tahun 2011 saya menemukan dua formulasi hebat dalam memperkasakan perawatan alternatif dengan memperkenalkan Himax5 yang berasaskan 100% air zam zam dan kristal galian sebagai minuman harian dan Teman Aura (Terapi Mandian Aura) yang berasaskan kristal mineral dan aroma terapi sebagai terapi mandian dan rendaman kaki yang berfungsi melalui konsep transdermal (melalui kulit). Bermula tahun 2012 sehinggalah sekarang, gandingan Himax5 dan Teman Aura telah memberi impak yang lebih besar dengan keberkesanan yang lebih hebat dalam membantu menyelesaikan banyak masalah penyakit moden masa kini. Apabila kedua produk hebat ini digandingkan dengan pemakanan sunnah seperi madu, minyak zaitun, habbatus sauda dan amalan sunnah seperti berbekam, ternyata ia sangat membantu dalam merawat pelbagai masalah kesihatan dengan izinNya. Selain itu juga, saya ingin membuka peluang yang lebih besar kepada orang ramai termasuklah anak muda untuk menjadi usahawan dunia dan akhirat di mana kita bukan sahaja menjual produk malahan menawarkan kebaikannya untuk manfaat bersama. Seperkara lagi, kita perlu sentiasa ingat, kita sembuh, kita sihat, kita cergas tubuh badan bukan kerana duniawi semata tetapi kerana ingin mendapat redhaNya dan beribadat kepadaNya. Dan insyaAllah kesihatan yang kita inginkan ini adalah untuk mengabdikan diri sebagai hambaNya yang sebenar-benarnya. Saya berdoa agar setiap mata yang membaca perutusan ini diberi taufik dan hidayah untuk mencuba produk ini dan merekomenkan pada saudara mara dan sahabat handai untuk mencubanya. SesungguhNya sakit itu penghapus dosa. Akhir kata, kita hanya mampu berikhtiar, Allah jualah yang Maha Menyembuhkan. Tuan Mat Rozi Mohamed Pengarah Urusan DRK NETWORK MARKETING & SERVICES SDN BHD |
RUANGAN HEBAHAN!
SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 097867717 ATAU 013-9863717 Maklumat akan diupdate dari semasa ke semasa. Harap Maklum. Terima kasih.
RUANGAN SOALJAWAB: |